KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia ialah sebuah pemerintahan beraja yang berperlembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berdaulat . Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang Raja di bawah Perlembagaan maka demikianlah juga sistem beraja akan berlangsung dengan Baginda Raja-Raja sebagai Ketua Negeri masing-masing .
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja merupakan lambang perpaduan dan oleh kerana itu berada di luar politik .
Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara ialah menumpukan sepenuh-penuh taat setia yang benar-benar jujur kepada Yang di-Pertuan Agong dan sebagai warganegara Persekutuan benar-benar bersikap jujur , taat setia . Selain daripada itu , mereka yang menjadi rakyat hendaklah juga menumpukan taat setia kepada Raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Persekutuan .
Kesetiaan ialah jiwa kebangsaan kita . Kesetiaan dari hati sanubari kepada Raja dan tanahair inilah yang menyatukan kita semua daripada berbagai kaum menjadi satu bangsa yang bersatu padu. Kesetiaan pada negara - negara lain adalah bertentangan dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Negara ini .
SUMBER: -RUKUN NEGARA
-JABATAN PERKHIDMATAN PENERANGAN MALAYSIA
-JULIE SOO FOONG CHAN
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODUL PSK
NEGERI JOHOR