INFO:
Tugu Kebangsaan terletak di atas sebuah anak bukit dalam kawasan Taman Tasik Perdana , Kuala Lumpur. Luas kawasan tugu berserta halamannya ialah kira-kira 48 562 meter persegi. Boleh dikatakan bahawa kawasan tugu ini mencakupi satu per tiga daripada kawasan keluasan bukit di Taman Tasik Perdana . Felix de Weldon merupakan orang yang bertanggungjawab dan bertindak sebagai pereka dan pengukir patung-patung tugu. Selain itu, beliau juga merupakan pereka dan pengukir Memorial Iwo Lima yang mana memorial ini terletak di Washington D.C, Amerika Syarikat .
Jasa dan sumbangan wira-wira negara mempertahankan tanah air tercinta tiada tolok bandingnya . Tanpa mereka , keselamatan setiap rakyat belum tentu terbela .
Justeru , sebagai menghargai pengorbanan wira-wira negara ini , Tugu Kebangsaan dibina sebagai memperingati dan penghargaan negara kepada mereka yang berjuang demi negara tercinta serta tersergam megah tidak jauh dari bangunan Parlimen .
Tugu kebangsaan mempunyai lima ciri utama iaitu;
a) Tugu itu sendiri
b) Sebuah kolam air pancut
c) Sebuah astaka yang berbentuk bulan sabit .
d) Sebuah tugu peringatan
e) Sebuah taman tambahan di sekeliling tugu .
Bagi memastikan kekukuhannya , tugu ini diperbuat daripada gangsa yang bermutu . Tugu ini menggambarkan kegigihan angkatan bersenjata dalam mempertahankan negara . Terdapat tujuh patung gangsa yang besar di atas tugu ini . Tugu ini terletak berhadapan dengan kolam air pancut .
Sebagai anggota keselamatan yang berjuang kerana negara , patung-patung ini berpakaian seragam perang yang menggambarkan dengan jelas pelbagai cabaran pasukan keselamatan berhadapan dengan pihak musuh .
Lima daripada patung-patung ini ialah pasukan keselamatan negara kita yang berjaya menawan musuh . Patung yang terletak di tengah memegang Jalur Gemilang , bendera kebanggaan kita semua . Bendera itu berkibar dengan megah di angkasa . Dua buah patung lagi terletak di sebelah kiri dan kanan . Salah satu patung tersebut memegang rifle dan benet . Seorang lagi memegang machine-gun.
Di bahagian tengah , di antara mereka berdua , terdapat dua orang askar lagi . Seorang askar tercedera dan seorang lagi sedang memberikan bantuan rawatan kepada rakannya .
Walau apa jua keadaan , semangat setiakawan dan tidak mementingkan diri sendiri harus ada pada setiap insan lebih-lebih lagi dalam keadaan kecemasan. Manakala di bawah mereka terbaring dua orang musuh yang telah terkorban .
Musuh-musuh ini ialah pemgganas komunis yang cuba hendak memerintah negara ini . Mereka memberontak dari tahun 1948 hingga 1960. Dalam tempoh masa ini ramai anggota polis dan tentera telah terkorban .
Apa yang jelas , terbinanya Tugu Kebangsaan bukan sahaja bertujuan menghargai jasa perjuangan perajurit negara yang telah terkorban tetapi dalam masa yang sama membolehkan generasi mendatang dapat menatap pahlawan-pahlawan yang telah membawa negara mencapai kejayaan dan kemajuan .
SUMBER:
-MERCU TANDA MENJULANG NEGARA
-PENERBIT SINAR CEMERLANG
JURULATIHUTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODUL PSK
NEGERI JOHOR
Memaparkan catatan dengan label TUGU KEBANGSAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TUGU KEBANGSAAN. Papar semua catatan
PANDUAN UMUM
LAGU PATRIOTIK
PERAYAAN KAUM CINA
PERAYAAN MASYARAKAT ORANG ASLI
PERAYAAN
ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK
TAHUN 4 - UNIT 1
TAHUN 4 - UNIT 2
TAHUN 4 - UNIT 3
TAHUN 4 - UNIT 4
TAHUN 4 - UNIT 5
TAHUN 4 - UNIT 6
TAHUN 4 - UNIT 7
TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI
TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI
TAHUN 4 - UNIT 7 - BENDERA NEGERI
TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR
TAHUN 4 - UNIT 8
TAHUN 4 - UNIT 8 - RUKUN NEGARA
TAHUN 4 - UNIT 8 - MERCU TANDA MALAYSIA
TAHUN 4 - UNIT 9
TAHUN 5 - UNIT 1
TAHUN 5 - UNIT 2
TAHUN 5 - UNIT 3
TAHUN 5 - UNIT 4
TAHUN 5 - UNIT 5
TAHUN 5 - UNIT 6
TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN
TAHUN 5 - UNIT 7
TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
- TARIAN ASLI
- TARIAN ASYIK
- TARIAN KUDA KEPANG
- TARIAN LILIN
- TARIAN ZAPIN
- TARIAN ZAPIN DAYUNG
- TARIAN ZAPIN KORES
- TARIAN ZAPIN LENGA
- TARIAN ZAPIN LENGA BATU 28
- TARIAN ZAPIN MAHPOM
- TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR
- TARIAN ZAPIN PADANG SARI
- TARIAN ZAPIN PARIT MASTAR
- TARIAN ZAPIN PAT LIPAT
- TARIAN ZAPIN PEKAJANG
- TARIAN ZAPIN PULAU
- TARIAN ZAPIN PUTAR ALAM
- TARIAN ZAPIN SERI BUNIAN
- TARIAN ZAPIN TANJUNG LABUH
- TARIAN ZAPIN TENGLU

