KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan . Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat .
Islam ialah agama rasmi Persekutuan. Agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang .
SUMBER: -RUKUN NEGARA
-JABATAN PERKHIDMATAN PENERANGAN MALAYSIA
-JULIE SOO FOONG CHAN
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODUL PSK
NEGERI JOHOR