PSK:TAHUN 4-UNIT 8-RUKUN NEGARA-3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Kewarganegaraan memberi kepada seseorang itu taraf keanggotaan sebuah negara . Perlembagaan memberi kepada seseorang warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu; Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab - tanggungjawab dan kewajipan -kewajipan tertentu terhadap Bangsa dan Negara . Tiap-tiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan , maksud dan latar sejarah Perlembagaan . Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya beberapa fasal dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja , kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi , kedududkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi , kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain , hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain , dan soal pemberian taraf kewarganegaraan ialah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan . SUMBER: -RUKUN NEGARA -JABATAN PERKHIDMATAN PENERANGAN MALAYSIA -JULIE SOO FOONG CHAN JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS