MERCU TANDA MALAYSIA
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Terletak di segi tiga Jalan Raja,Jalan Belanda dan Lebuh Pasar Besar berhadapan Dataran Merdeka. Bangunan Sultan Abdul samad dibuka dengan rasminya oleh Tan Sri Dato' Mubin Sheppered pada 6 Oktober 1897 setelah kerja-kerja pembinaannya bermula pada tahun 1894 serta kekal hingga ke hari ini .
Nama bangunan ini diambil sempena dengan nama Sultan Selangor yang banyak berjasa , sultan Abdul samad . Bangunan Sultan Abdul samad ini dibina dengan mempunyai tiga buah kubah besar yang diperbuat daripada tembaga dan empat buah kubah kecil yang berwarna putih serta beberapa kali dicat semula bagi mengekalkan keaslian warnanya .
Bangunan ini juga terdapat sebuah menara jam setinggi 43.5 meter . Jam besar ini telah berdetik sejak tahun 1897 dan merupakan jam yang paling tua serta bersejarah di negara ini . jam tertua ini menggunakan sistem takal dan berat serta berbunyi pada setiap jam .
Tahukah anda , tepat jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957 , jam ini telah berbunyi sebanyak 12 kali yang menandakan negara telah mencapai kemerdekaan dan sekali gus bendera Union Jack diturunkan .
Selain itu , keunikan dan kehalusan seni bina bangunan ini terserlah dengan susun atur di dinding luarnya. Bahagian luar dinding bangunan ini dibuat daripada batu-bata. Batu-batanya diselang-selikan dengan jaluran simen yang dibuat secara melintang.
Di samping susun atur dinding yang menarik , tumpuan juga diberikan kepada bentuk tangga . Hampir semua tangga di bangunan ini dibina dalam bentuk pusingan dan kebanyakannya dibina dalam menara kecil di setiap penjuru bangunan . Pastinya , bangunan ini akan kekal dalam jangka masa yang panjang .
SUMBER:
-MERCU TANDA MENJULANG NEGARA
-PENERBIT SINAR CEMERLANG
JURULATIHUTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODUL PSK
NEGERI JOHOR