PSK:TAHUN 4-UNIT 8-MERCU TANDA MALAYSIA -TUGU KEBANGSAAN

INFO:
Tugu Kebangsaan terletak di atas sebuah anak bukit dalam kawasan Taman Tasik Perdana , Kuala Lumpur. Luas kawasan tugu berserta halamannya ialah kira-kira 48 562 meter persegi. Boleh dikatakan bahawa kawasan tugu ini mencakupi satu per tiga daripada kawasan keluasan bukit di Taman Tasik Perdana . Felix de Weldon merupakan orang yang bertanggungjawab dan bertindak sebagai pereka dan pengukir patung-patung tugu. Selain itu, beliau juga merupakan pereka dan pengukir Memorial Iwo Lima yang mana memorial ini terletak di Washington D.C, Amerika Syarikat .
MERCU TANDA MALAYSIA TUGU KEBANGSAAN
Jasa dan sumbangan wira-wira negara mempertahankan tanah air tercinta tiada tolok bandingnya . Tanpa mereka , keselamatan setiap rakyat belum tentu terbela . Justeru , sebagai menghargai pengorbanan wira-wira negara ini , Tugu Kebangsaan dibina sebagai memperingati dan penghargaan negara kepada mereka yang berjuang demi negara tercinta serta tersergam megah tidak jauh dari bangunan Parlimen . Tugu kebangsaan mempunyai lima ciri utama iaitu; a) Tugu itu sendiri b) Sebuah kolam air pancut c) Sebuah astaka yang berbentuk bulan sabit . d) Sebuah tugu peringatan e) Sebuah taman tambahan di sekeliling tugu . Bagi memastikan kekukuhannya , tugu ini diperbuat daripada gangsa yang bermutu . Tugu ini menggambarkan kegigihan angkatan bersenjata dalam mempertahankan negara . Terdapat tujuh patung gangsa yang besar di atas tugu ini . Tugu ini terletak berhadapan dengan kolam air pancut . Sebagai anggota keselamatan yang berjuang kerana negara , patung-patung ini berpakaian seragam perang yang menggambarkan dengan jelas pelbagai cabaran pasukan keselamatan berhadapan dengan pihak musuh . Lima daripada patung-patung ini ialah pasukan keselamatan negara kita yang berjaya menawan musuh . Patung yang terletak di tengah memegang Jalur Gemilang , bendera kebanggaan kita semua . Bendera itu berkibar dengan megah di angkasa . Dua buah patung lagi terletak di sebelah kiri dan kanan . Salah satu patung tersebut memegang rifle dan benet . Seorang lagi memegang machine-gun. Di bahagian tengah , di antara mereka berdua , terdapat dua orang askar lagi . Seorang askar tercedera dan seorang lagi sedang memberikan bantuan rawatan kepada rakannya . Walau apa jua keadaan , semangat setiakawan dan tidak mementingkan diri sendiri harus ada pada setiap insan lebih-lebih lagi dalam keadaan kecemasan. Manakala di bawah mereka terbaring dua orang musuh yang telah terkorban . Musuh-musuh ini ialah pemgganas komunis yang cuba hendak memerintah negara ini . Mereka memberontak dari tahun 1948 hingga 1960. Dalam tempoh masa ini ramai anggota polis dan tentera telah terkorban . Apa yang jelas , terbinanya Tugu Kebangsaan bukan sahaja bertujuan menghargai jasa perjuangan perajurit negara yang telah terkorban tetapi dalam masa yang sama membolehkan generasi mendatang dapat menatap pahlawan-pahlawan yang telah membawa negara mencapai kejayaan dan kemajuan . SUMBER: -MERCU TANDA MENJULANG NEGARA -PENERBIT SINAR CEMERLANG JURULATIHUTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS