PSK:PERAYAAN KAUM SIKH:HARI VESAKHI

HARI VESAKHI
Hari Vesakhi adalah hari kebesaran bagi orang-orang Sikh . Ia dirayakan pada 13hb April tiap-tiap tahun sebagai mengingati hari agama hari agama Sikh diasaskan . Ia juga merupakan hari tahun baru bagi masyarakat Sikh . Agama Sikh ini diasakan oleh Guru Nanak . Kitab agama mereka diberi nama "Granth Sahib". Ia mengandungi ajaran-ajaran dari beberapa orang guru iaitu dari Guru Nanak kepada Guru Gobind Singh Ji (guru yang ke-10). Kitab ini telah dijadikan panduan dan ikutan oleh orang-orang Sikh. Salah satu daripada pengajaran agama Sikh ini menekankan kepada pakaian . Mereka dikehendaki memakai serban , berambut panjang , bersenjata atau berpisau kecil , memakai gelang tangan logam dan berseluar . Walau bagaimanapun pakaian begini jarang dipakai pada hari-hari biasa . Ia hanya dipakai di dalam upacara keagamaan sahaja. Ini adalah kerana zaman sekarang semuanya sudah berubah . Ramai lelaki Sikh telah memotong rambut mereka tetapi masih tetap berjanggut dan berjambang . Mereka juga sudah memakai baju-baju yang datangnya dari Barat seperti kemeja, seluar jean dan sebagainya . Hari Vesakhi ini dirayakan selama tiga hari mulai 11hb hingga 13hb April. Pada 11hb April itu mulai pukul 5.00 pagi , orang-orang Sikh datang beramai-ramai ke Gurdwara (rumah sembahyang ) Mereka bersembahyang dengan cara menyanyi beramai-ramai . Nyanyian ini dipanggil "asa-di-vaar". Mereka bersembahyang selama dua jam. Selepas itu mereka berehat dan minum pagi. Mulai pukul 8.00 pagi , mereka mula membaca kitab agama yang dipanggil "Guru Grant Sahib" itu. Tebalnya 1,430 muka surat. Ia dibaca bergilir-gilir selama 48 jam iaitu hingga pukul 8.00 pagi pada 13 haribulan . Semasa pembacaan kitab agama itu , mereka yang berada di dalam dewan sembahyang akan diberi makanan jenis manis-manisan diperbuat daripada campuran tepung gandum, sula dan minyak sapi . Bagi orang-orang yang berada di luar bangunan , jamuan am akan disediakan dan terbuka kepada semua yang hadir . Pada 13 haribulan setelah tamat membaca kitab agama pada pukul 8.00 pagi , diadakan pula majlis ceramah yang berkaitan dengan ajaran agama Sikh oleh beberapa orang yang terkemuka dalam ilmu agama. Orang ini dipanggil 'Granthi'. Selepas majlis ceramah , diadakan pula upacara sembahyang cara bernyanyi juga . Ini dipanggil 'Kirtan'. Di luar bangunan Gurdwara diadakan upacara mengganti kain bendera yang baru . Upacara ini dipanggil 'Nishan Sahib'. Pada sebelah petang , biasanya diadakan pula upacara mengesahkan seseorang Sikh itu menganut agama Sikh . Upacara ini dilakukan secara berkumpulan . Mereka yang belum menyertai upacara ini pada tahun-tahun sebelumnya dikehendaki mengikuti upacara ini . Jika tidak ia belum boleh diakui beragama Sikh . Upacara pengesahan menganuti agama ini dinamakan 'Amrit'. Mereka yang akan terlibat dengan upacara ini dikehendaki mandi membersihkan diri , membasuh rambut sebelum datang ke Gurdwara . Dalam upacara ini mereka akan diberi minum sedikit-sedikit sebanyak lima kali dengan air yang telah digaul dengan gula . Air itu juga dipercikkan ke mata mereka dan ke atas kepala iaitu ke dalam rambut . Semua orang yang berada di dalam dewan sembahyang itu juga akan merasai air gula itu sebagai tanda bersama dan tidak ada apa-apa perbezaan di antara satu dengan lain . Pada hari perayaan Vesakhi ini diadakan juga rumah terbuka kepada semua keturunan di Malaysia . Hidangan kuih-muih juga disediakan untuk menjamu selera .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS