Menurut beberapa sumber , bendera Negeri Sembilan dikatakan telah dikibarkan secara rasmi pada tahun 1895 .
Ini seperti yang dinyatakan Tan Sri Abdul Samad Idris dalam buku beliau ,'Takhta Kerajaan Negeri Sembilan'.
Beliau dalam buku itu turut tidak menolak kemungkinan bendera Negeri Sembilan diilhamkan oleh Al-Marhum Tuanku Muhammad Shah .
Abdul Samad yang banyak mengkaji tentang sejarah Negeri Sembilan turut berpendapat yang penggunaan warna pada bendera Negeri Sembilan iaitu merah , kuning dan hitam adalah kerana pengaruh tradisi Minang .
Menurut beliau , bendera - bendera daerah Minangkabau yang pernah dilihatnya mempunyai ketiga-tiga warna tersebut .
"Dalam lawatan saya ke daerah Minangkabau mendapati daerah itu mempunyai bendera khusus dengan hari-hari kebesaran , bendera dan kain-kain rentang digantung beriringan dengan bendera nasional Indonesia," katanya dalam buku tersebut .
Sehubungan itu , Abdul Samad tidak menolak kemungkinan pemilihan warna itu berhubung kait dengan bendera daerah Minangkabau dan bukannya secara kebetulan sahaja.
Apatah lagi sejarah Negeri Sembilan sendiri katanya , menyaksikan penerokaannya dilakukan oleh orang -orang Minangkabau yang berhijrah dan kemudiannya membentuk pula sebuah kerajaan .
Pada Abdul Samad , walaupun Almarhum Taunku Muhammad Shah sepanjang yang diketahui tidak pernah melawat tanah leluhurnya di Pagar Ruyung Minangkabau , tetapi baginda sering dikunjungi oleh waris - warisnya dari Pagar Ruyung .
Tafsiran warna pada bendera Negeri Sembilan memberi makna kuning sebagai warna Di-Raja , warna kebesaran Datuk - Datuk Undang dan merah bererti rakyat .
Menurut Abdul Samad , sebelum tahun 1960-an , warna merah bererti pemerintah Inggeris yang kemudiannya pada 29 Disember 1960 . Dewan keadilan dan undang - undang telah meluluskan pindaan tafsiran warna merah .
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING
MODUL PSK NEGERI JOHOR