
Setiap kerajaan mempunyai bendera rasmi dan lambang yang menjadi simbol kedaulatan raja atau sultan memerintah sesebuah negara atau negeri .
Maka , tidak terkecuali bagi Kerajaan Negeri Pahang yang mempunyai bendera sejak ratusan tahun lagi .
Menyingkap sejarah penciptaan bendera Pahang , tidak dapat dikesan siapa yang bertanggungjawab mereka bentuk lambang kebesaran negeri itu yang digunakan sehingga kini .
Apa yang pasti , bendera negeri Pahang telah berusia melebihi 120 tahun dan boleh dianggap antara tertua di negara ini .
Bendera Pahang terdiri daripada dua warna iaitu putih di abhagian atas dan hitam di bahagian bawah .
Putih melambangkan Pahang diperintah oleh raja berdaulat manakala hitam bermaksud negeri itu pernah diperintah oleh seorang Bendahara ketika era kesultanan masih wujud di negeri terbesar di Semenanjung ini .
Difahamkan , bendera rasmi tersebut telah digunakan sejak zaman pemerintahan Sultan Pertama Pahang , Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah yang memerintah negeri itu dari 1882 hingga 1914 .
Menurut Yang Dipertua Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang , datuk Seri wan Abdul Wahid Wan Hassan , sebelum 1882 , Pahang yang berada di bawah Empayar Johor-Riau diperintah oleh Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah yang ketika itu memegang jawatan Bendahara .
Pada ketika itu , kata beliau , bendera Pahang berwarna hitam keseluruhannya yang melambangkan negeri itu diperintah oleh Bendahara .
"Sekitar tahun 1880-an , Empayar Johor-Riau berpecah belah akibat campur tangan penjajah Inggeris dan Pahang menjadi sebuag entiti yang berdiri sendiri selepas itu," jelasnya .
Wan Abdul Wahid memberitahu , bagi memastikan Pahang terus menjadi negeri berdaulat rakyat menabalkan Bendahara Ahmad sebagai Sultan Pahang pertama dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah .
"Selepas pertabalan Sultan Ahmad , bendera Pahang yang pada asalnya berwarna hitam keseluruhannya diubah menjadi putih dan hitam sebagaimana yang digunakan hari ini," jelasnya .
Berdasarkan kepada sejarah itu , Wan Abdul Wahid percaya imej bendera Pahang itu diilhamkan oleh para pembesar istana Pahang pada 1882 .
Bagaimanapun , kita tidak tahu siapa sebenarnya yang mereka cipta bendera sedemikian rupa ," katanya .
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING
MODUL PSK NEGERI JOHOR