Bendera negeri Kedah diperkenalkan pada waktu pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang merupakan Sultan Kedah yang ke 26.
Menurut Presiden Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah , Datuk Wan Shamsudin Moh Yusof , tiada tarikh rasmi yang dapat disahkan tentang bila pertama kali bendera negeri Kedah diperkenalkan .
Namun , menurut Wan Shamsudin , ia dipercayai mula diperkenalkan sekitar tahun 1930-an . Sebelum tarikh itu , Kedah tidak mempunyai bendera yang rasmi .
Pencipta bendera negeri Kedah ialah Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajudin Mukarram Shah . Baginda juga adalah adinda kepada Sultan Abdul Hamid .
Jelas Wan Shamsudin , dalam mereka cipta bendera Kedah , Tunku Mahmud melakukannya bersama beberapa orang jawatankuasa .
Jawatankuasa berkenaan kebanyakkannya dianggotai oleh mereka yang berlatar belakangkan agama .
Malah Tunku Mahmud sendiri menurut Wan Shamsudin , adalah seorang putera raja yang amat kuat latar belakang agamanya.
Salah satu contoh bagaimana institusi pendidikan agama yang tersohor di negeri Kedah iaitu Maktab Mahmud yang diasaskan oleh baginda .
Oleh itu tidak menghairankan apabila bendera Kedah mempunyai pengaruh Islam yang kuat . Menurut Wan Shamsudin , selain bulan sabit , turut mengenegahkan pengaruh Islam itu sendiri adalah jambangan padi yang mempunyai 17 biji di kiri dan kanannya .
Bilangan 17 biji padi itu dipilih bersamaan dengan jumlah rakaat sembahyang fardhu dalam sehari yang mempunyai 17 rakaat kesemuanya .
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING
MODUL PSK NEGERI JOHOR