ZAPIN PAT LIPAT
Zapin Pat Lipat merupakan sebuah lagi variasi tarian zapin di daearh Muar yang berasal dari Parit Bugis dan kini telah dikembangkan ke Parit No 2 , parit Yusof darat (mukim Sungai Balang). Imam Nasir bin Mahmud Sulaiman merupakan generasi ketiga mewarisi Zapin Pat Lipat ini . Beliau merupakan seorang guru agama di kampung itu dan telah mengajar tarian ini kepada Md Amin bin Haji Ma'Osum . Keistimewaan zapin ini ialah pada asalnya ditarikan dengan iringan lagu - lagu Arab seperti Sollualallahhadisofi dan Yabadiusami . Namun , zapin ini juga menggunakan iringan lagu lagu Melayu contohnya lagu Terang Bulan , Inang Baru , Lancang Kuning dan Bunga Mawar . Md Amin juga telah menubuhkan kumpulan yang diberi nama 'Zapin Sri Serumpun'. Zapin Pat Lipat mengandungi 4 langkah gerak tari yang bermula dengan kiraan satu hingga lapan . Alat muzik yang digunakan untuk tarian ini ialah gambus sampan , peti harmonium dan marwas . Busana yang dipakai semasa menarikan Zapin Pat Lipat ini ialah baju Melayu Teluk Belanga sedondon , bersamping di luar dan bersongkok dan ada kalanya penari - penari memakai tarbus . Tarian ini juga disajikan di majlis - majlis keramaian dan perkahwinan . Seperti tarian zapin lain , Zapin Pat Lipat ini juga hanya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja walaupun kini turut telah ditarikan penari wanita juga .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS