TAHUN 4
TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU
TAJUK: MALAYSIAKU TERCINTA
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menamakan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia
2. mencari maklumat tentang negeri-negeri di Malaysia
3. berbangga dan cinta akan negara
NOTA: LAGU NEGERI JOHOR
LAGU BANGSA JOHOR
Allah peliharakan sultan
nugrahkan dia segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
menaungkan kami
rakyat dipimpini berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan sultan
INFO LAGU
Lagu Bangsa Johor adalah lagu Kebesaran Negeri Johor Darul Takzim. lagu ini digubah oleh konduktor muzik Armenia , Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Mohamed Said Sulaiman ( 1876-1955). Dipadankan pada tahun 1897 daripada 'Dondang Sayang', sebuah lagu Melayu yang masyhur , dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ianya tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarang liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ianya diterjemahkan oleh Kapten Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.
SUMBER:
UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODL PSK
NEGERI JOHOR