TAHUN 4
TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU
TAJUK: MALAYSIAKU TERCINTA
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menamakan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia
2. mencari maklumat tentang negeri-negeri di Malaysia
3. berbangga dan cinta akan negara
NOTA: LAGU NEGERI SELANGOR
DULI YANG MAHA MULIA
Duli yang maha mulia
selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
rakyat mohon restu
bawah duli tuanku
bahagia selama-lamaya
aman dan sentosa
duli yang maha mulia
INFO LAGU
Duli Yang Maha Mulia merupakan lirik lagu Negeri Selangor sejak 1967. Penulis lagu ini tidak diketahui , namun lagunya digubah oleh Saiful Bahri. Difahamkan , lagu rasmi Negeri Selangor diperkenalkan pada zaman Sultan Abdul Samad . Kisahnya , bermula ketika kurun ke-20, difahamkan Sultan Sulaiman ketika itu sebagai Raja Muda Sulaiman ibni Al-Marhum Raja MUda Musa Selangor telah memilih lagu 'Chantek Manis' sebagai lagu negeri atas nasihat dan rundingan dengan Raja Haji Bot. Lagu berkenaan telah dimainkan (orchesterated) oleh seorang ketua pancaragam berbangsa Filipina , Daniel Ortega pada tahun 1896. Bagaimanapun, pada tahun 1908, selepas baginda ( Sultan Sulaiman ) menaiki takhta , baginda mengarahkan Daniel untuk menggubah lagu berkenaan mengikut rentak barat dan menggantikan nama lagu itu kepada 'Allah Selamatkan Duli Yanag Maha Mulia'. Namun, pada tahun 1967 pada waktu pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Selangor telah menggantikan lagu rasmi negeri itu kepada lagu baru yang digubah oleh seorang pencipta lagu terkenal yang berasal dari Indonesia , Saiful Bahri. ia kemudian turut menukar lagu rasmi itu kepada 'Duli Yang Maha Mulia'. Lagu itu digunapakai dalam sebarang acara rasmi Negeri Selangor sehingga ke hari ini .
SUMBER:
UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODL PSK
NEGERI JOHOR