PSK:TAHUN 4-AKTIVITI 7A-SEJARAH TERENGGANU

TAHUN 4
TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU
TAJUK: MALAYSIAKU TERCINTA
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menamakan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia
2. mencari maklumat tentang negeri-negeri di Malaysia
3. berbangga dan cinta akan negara
NOTA:
SEJARAH NEGERI TERENGGANU:
Terengganu darul Iman merupakan sebuah negeri pantai timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai keistimewaannya.Bukan sahaja keindahan alam semulajadi Terengganu yang mengkagumkan tetapi negeri ini mempunyai banyak ciri-ciri keistimewaan yang menjadi daya tarikan pelancong.
Asal-usul pemerintahan negeri dikatakan dimulakan oleh keturunan megat.Keturunan megat adalah hasil daripada puteri raja yang berkahwin dengan orang biasa.Menurut cerita,sebelum negeri Terengganu mendapat nama,ada satu rombongan yang datang dari negeri Pahang mengembara ke negeri Terengganu untuk memburu.
Rombongan yang datang untuk memburu itu kemudiannya terjumpa sebatang taring di Sungai Terengganu Mati.Seorang daripada ahli rombongan tersebut mengatakan taring tersebut adalah 'taring anu'apabila ditanya,tetapi tidak pula menjelaskan tersebut.Beberapa hari kemudian rombongan memburu ini membunuh seekor rusa.
Apabila ditanya di mana mereka menemui rusa tersebut , si pemburu mengatakan rusa itu dijumpai di tempat 'taring anu'.Ada pula ahli kumpulan tersebut yang menemui kayu gaharu.Apabila ditanya dari mana mereka menemui kayu gaharu,mereka menjawab di tempat 'taring anu'.Lama-kelamaan perkataan ini disebut Terengganu.
Menurut cerita orang tua-tua pada zaman dahulukala, kelihatan cahaya kilat yang memancar di kaki langit. Kejadian ini berlaku pada suatu malam ketika orang ramai sedang duduk di tepi pantai di negeri Kelantan. Sebagai memperingati had terang yang dianggap ganjil itu, maka tempat itu dinamakan 'Terengganu'.Setelah menjadi sebuah negeri,tempat yang berlaku kejadian ganjil ini dinamakan 'Negeri Terengganu'(terang hingga ke sana).Bagaimanapun, cerita ini belum mendapat pengesahan,hanyalah cerita lisan orang tua-tua dahulu kala.
SUMBER:
-BANDAR-BANDAR DI TERENGGANU
-FARIDAH TAIB
ZURAIDAH ALI
-PENERBITAN PINANG
JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS