PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-7.KAUM KADAZAN

TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian kaum Kadazan.
TARIAN KAUM KADAZAN 1. TARIAN SUMAZAU
1. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi rakyat sabah yang terkenal .
2. Ia adalah tarian tradisi suku kaum Kadazandusun .
3. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi .
4. Ia ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala , menyemah semangat dan mengubati penyakit .
5. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan -lahan dan lemah lembut .
6. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak - gerakkan kaki dengan langkah kecil , smentara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu .
7. Ketika menari , tangan dikepakkan keluar , gerakannya turun naik seperti burung terbang .
8. Biasanya , tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan .
JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS