TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian kaum Murut .
TARIAN KAUM MURUT
1. TARIAN MAGUNATIP
1. Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau ( Kwijau ) .
2. Magunatip berasal dari perkataan 'apit' yang bermakna jepit .
3. ia membawa maksud ketika menari , kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu atau buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya .
4. Biasanya , tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik .
5. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan .
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING
MODUL PSK NEGERI JOHOR