TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian kaum Bajau .
TARIAN KAUM BAJAU
2. TARIAN DALING - DALING
1. Tarian daling - daling bukannya tarian asal suku kaum Bajau di daerah Semporna , Sabah .
2. Sebaliknya , ia dibawa oleh orang - orang Suluk dari Kepulauan Mindanau .
3. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi , maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna , Sabah .
4. Perkataan Daling - daling berasal daripada perkataan Inggeris , darling yang bererti kekasih .
5. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis - majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara lelaki dan perempuan .
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING
MODUL PSK NEGERI JOHOR