PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-5.KAUM IBAN

TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian kaum Iban .
TARIAN KAUM IBAN 2. TARIAN DATUN JULUD
1. Tarian Datun Julud merupakan tarian milik masyarakat bumiputera di Sarawak termasuklah masyarakat Iban .
2. Oleh itu , sesiapa sahaja boleh menarikan tarian tersebut .
3. tarian ini boleh ditarikan secara individu atau berkumpulan
4. Mengikut lagenda , tarian Datun Julud ini ditarikan oleh seorang raja daripada suku kaum Dayak yang bernama Nyik Selung
5. Tarian ini ditarikan sebagai tanda kegembiraan dan rasa syukur kepada dewa atas kelahiran cucunya .
6. Oleh kerana tarian datun Julud ini kelihatan menarik dan mempunyai gerakan yang lembut , menyebabkan tarian ini berkembang ke segenap daerah suku Dayak termasuklah masyarakat Iban .
7. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini adalah sape , iaitu sejenis alat muzik yang bertali .
8. Dalam tarian ini bulu - bulu burung kenyalang dilekatkan pada celah jari kedua - dua belah tangan penari sebagai perhiasan.
9. Pakaian yang digunakan adalah pakaian tradisional masyarakat Iban .
10. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan diulang-ulang sambil menyanyi dan menepuk tangan .
JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS