PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-4.KAUM SIKH

TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Sikh . TARIAN KAUM SIKH 2. TARIAN BHANGRA 1. Tarian Bhangra merupakan tarian yang berasal dari Punjab . 2. Tarian ini ditarikan oleh masyarakat Punjab atau Sikh di Malaysia . 3. Pada mulanya , tarian Bhangra mengisahkan masyarakat Punjabi untuk menyambut musim menuai atau dikenali sebagai pesta menuai . 4. Ini disebabkan masyarakat Punjabi hidup sebagai petani dengan menanam padi , jagung , ubi dan sebagainya . 5. Tarian Bhangra adalah sebagai menunjukkan rasa gembira kerana ladang mereka telah membuahkan hasil yang lumayan . 6. Sebagai tanda terima kasih kepada tuhan , mereka telah menghasilkan tarian tersebut . 7. kini , tarian Bhangra banyak dipersembahkan di hari - hari keramaian dan tidak lagi khusus untuk pesta menuai . 8. Tarian Bhangra merupakan tarian yang sungguh menarik . 9. Ini disebabkan setiap penari memakai pakaian yang berwarna - warni . 10. Pakaian berwarna - warni ini menunjukkan kegembiraan . 11. Pakaian ini telah menjadi sebahagian daripada tarian tersebut . 12. Oleh itu , penari tarian ini tidak mempunyai pakaian yang khusus . 13. Setiap pergerakan dalam tarian ini mempunyai maksud tersendiri . 14. Gerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang istimewa dan merupakan gerakan artistik . 15. Tarian Bhangra bukanlah mudah untuk ditarikan kerana memerlukan latihan yang kerap sebelum dapat melahirkan pergerakan tarian yang serentak . 16. Banyak perlu dititikberatkan iaitu termasuklah pergerakan ekrobatik yang sukar berbanding tarian India yang lain . 17. Kebiasaannya , tarian Bhangra dipersembahkan selama sepuluh hingga dua puluh minit . 18. Tarian ini bukan sahaja dipersembahkan untuk tontonan umum tetapi juga dipersembahkan apabila musim perayaan , perkahwinan dan sebagainya . 19. Lagu - lagu yang digunakan dalam tarian ini adalah terdiri dari rangkaian lagu - lagu rakyat . 20. Manakala alat muzik yang mengiringi tarian tersebut ialah dram , harmonika , tamborin dan musical clapper . JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS