PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-3.KAUM INDIA

TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum India . TARIAN KAUM INDIA 3. TARIAN KHATAK 1. Tarian Khatak berasal dari utara Uttar Pradesh dan Prajasthan . 2. Pada mulanya , tarian ini ditarikan oleh masayakat yang dipanggil Kathakaras atau tukang cerita . 3. Masyarakat ini juga dikenali sebagai penglipur lara kerana sering bercerita tentang kewujudan tuhan , dewa-dewa dan kerajaan masa lampau . 4. Khatak juga dikenali sebagai Braj Raas . 5. Tarian ini ditarikan selepas berdoa kepada tuhan Ganesha . 6. Pada mulanya , tarian Khatak ditarikan masyarakat yang tinggal di Utara Pradesh dan Prajasthan . 7. Kemudian tarian tersebut terus diperkenalakan ke seluruh India . 8. Oleh kerana tarian Khatak merupakan tarian yang unik menyebabkan ramai yang menarikan tarian tersebut . 9. Pakaian para penari adalah pakaian tradisional India iaitu sari untuk perempuan dan dhoti untuk lelaki . 10. Jumlah penari tidak ditentukan . 11. Kebanyakan ditarikan oleh dua atau tiga pasang penari sahaja . 12. Tarian Khatak mengandungi beberapa cara seperti Thitacerita yang bermaksud pembukaan , Amad yang menghubungkan Alarippu dalam Bahara Natyam , Sangeet yang menyamai Jatiswaram dalam Bharata Natyam , Paran yang dianggap satu pertahanan tarian tersebut dan Tarana yang menghubungkan Thilland dalam Bharata Natyam . 13. Alunan muzik yang mengiringi tarian adalah gubahan yang berasaskan lirik lagu Thumri , Dadra , Ghazal dan Kavita . 14. Ini kerana lagu tersebut unik dan bersesuaian dengan tarian tersebut . 15. Tarian ini banyak ditarikan pada majlis - majlis perkahwinan atau keramaian . 16. Lazimnya , tarian ini diminati semua golongan sama ada tua atau muda . 17. Oleh itu , tarian Khatak mendapat sambutan ramai . JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS