PSK:TAHUN 4-AKTIVITI 7C-JOHOR

TAHUN 4 TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU TAJUK: MALAYSIA BUMI BERTUAH Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan tempat menarik di Malaysia 2. mengumpulkan maklumat tentang tempat menarik di Malaysia 3. menghargai tempat-tempat menarik di dalam negara NOTA: 1. Malaysia terkenal dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara 2. Tempat-tempat yang menjadi destinasi pelancongan di JOHOR ialah seperti : a) GUNUNG LEDANG:
Maklumat ringkas Gunung Ledang :
Negara: Malaysia
Negeri: Johor
Daerah: Muar dan Jasin
Mukim : Asahan / Tangkak
Jenis gunung : Gunung berhutan
Taraf gunung : Gunung berapi tidak aktif
Letupan terakhir : 0.5 billion tahun dahulu
Tinggi : 1,276 m / 4,185 kaki .
Gunung Ledang cukup terkenal dengan kisah Puteri Gunung Ledangnya , namun selain itu , Gunung Ledang ini juga sebenarnya menyimpan pelbagai lagi kisah yang sehingga kini masih belum terjawab dan terus diperkatakan . Antaranya , benarkah Gunung Ledang banyak emas?
Dalam catatan buku Sejarah Melayu , Puteri Gunung Ledang dikatakan sangat cantik sehingga menjadi kegilaan Sultan Mahmud Shah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah ketika rombongan meminang dihantar , Sultan Melaka dikatakan dikenakan syarat ketat untuk memiliki puteri itu. Antara syaratnya termasuklah ditetapkan setiap satu jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk dan hati kuman serta tujuh tempayan air mata anak dara serta air pinang muda . Syarat terakhir yang ditetapkan satu mangkuk darah Sultan Ahmad , iaitu anak Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak .
Begitupun , ramai pengkaji sejarah begitu sukar dan belum menemui sebarang bukti kukuh akan kewujudan Puteri Gunung Ledang itu . Dalam masa yang sama , mereka juga sukar untuk menolak kesahihan lagenda itu kerana kisahnya mempunyai hubungan dengan pembesar Melayu ketika zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka .
Itu sebahagian kisah Gunung Ledang yang menyimpan rahsia yang tidak dapat dibongkar hingga kini .Gunung Ledang juga dikenali sebagai Mount Ophir oleh Barat itu sendiri mempunyai banyak tafsiran . Mount Ophir itu dikatakan berasal dari bahasa Yahudi Tua atau Hebrew .
JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS