PSK:TAHUN 4-AKTIVITI 7B-TERENGGANU

TAHUN 4 TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU TAJUK: BENDERAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan identiti negeri-negeri di Malaysia 2. melukis dan mewarnakan bendera negeri-negeri di Malaysia 3. berbangga terhadap negara . NOTA: BENDERA TERENGGANU
NOTA: KETERANGAN BENDERA: * Latar belakang berwarna putih maksudnya Duli Yang Maha Mulia Sultan * Ia melingkungi Tanah Hitam yang bermakna rakyat * Oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda * Anak bulan dan bintang tanda agama Islam, agama Negeri SEJARAH:
Setiap negeri memandang bendera sebagai suatu simbol tanah air yang agung dan dipertahankan dengan jiwa raga oleh sesuatu umat dan bangsa. Maka bendera Terengganu yang sedang berkibar ketika ini wujudnya dengan begitu rupa adalah dipinda daripada keadaan asal beberapa kali. Menurut cerita yang didapati mula-mula bendera itu setakat yang diketahui ialah di pangkalnya berwarna putih yang menandakan raja dan di hujungnya berwarna hitam dikenali dengan nama bendera 'rakyat' . Pada 8 Oktober 1953 , Kerajaan Negeri Terengganu telah mengisytiharkan di dalam wartanya bahawa bendera Negeri Terengganu , tanahnya hitam, di tepinya putih, di atas hitam itu terletak bulan sabit dan bintang berwarna putih. Manakala bendera Sultan pada mulanya berwarna putih sahaja kerana pada pendapat al-Marhum Sultan Zainal Abidin Ketiga ,warna putih itu menandakan suci dan bersih , oleh sebab itu baginda gemar memakai bendera warna sedemikian dan bendera Yang Di-Pertuan Muda pula berwarna kuning. Di dalam masa Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah , barulah direka bendera sultan itu dengan diletakkan di tengah-tengah putih itu Jata Kebesaran Kerajaan berwarna kuning kerana pada pendapat al-Marhum kalau berwarna putih sahaja adalah menandakan alamat menyerah diri , begitu juga kalau kuning sahaja menandakan alamat kerintin. SUMBER: ~UTUSAN MALAYSIA ~BUKU SEJARAH DARUL IMAN HINGGA 1361(1942M) edisi baru
JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS