PSK:TAHUN 4-AKTIVITI 7B-SELANGOR

TAHUN 4 TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU TAJUK: BENDERAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan identiti negeri-negeri di Malaysia 2. melukis dan mewarnakan bendera negeri-negeri di Malaysia 3. berbangga terhadap negara . NOTA:BENDERA SELANGOR NOTA:KETERANGAN BENDERA: * Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. * Bulan bintang pula ialah sebagai agama Islam,agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih. * satu per empat bahagian bendera terdiri daripada warna kuning dan merah,manakala bintang bererti negeri Islam dan lima pegangan utama * Kuning juga adalah melambangkan warna Di-Raja. * Lima bucu bintang membawa erti mengucap dua kalimah syahadat,solat lima waktu sehari semalam,mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah. SEJARAH:
Tidak banyak rekod tentang sejarah sebenar individu yang bertanggungjawab mereka bentuk bendera Negeri Selangor.Carian maklumat tentang perkara tersebut di beberapa agensi yang berkaitan juga menunjukkan tiada rekod mengenainya.Cuma, secara umumnya bendera Negeri Selangor yang ada seperti mana hari ini telah direkabentuk semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abdul samad Ibni Almarhum Raja Abdullah.Baginda yang merupakan Sultan Selangor keempat memerintah negeri Selangor bermula dari tahun 1859 sehinggalah tahun 1898. Pada waktu pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke Negeri-Negeri Selat dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri. Sultan Abdul Samad yang mewarisi takhta bapa saudaranya , Al-Marhum Sultan Muhammad Shah kemudian mangkat pada 6 Februari 1898 di usia 93 tahun. Difahamkan , lagu rasmi Negeri Selangor yang awal turut diperkenalkan pada zaman baginda.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSKNEGERI JOHORPANEL PERUNDINGMODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS