PSK:TAHUN 4-AKTIVITI 7B-JOHOR

TAHUN 4 TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU TAJUK: BENDERAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan identiti negeri-negeri di Malaysia 2. melukis dan mewarnakan bendera negeri-negeri di Malaysia 3. berbangga terhadap negara . NOTA: BENDERA JOHOR
NOTA: KETERANGAN BENDERA: * Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat * Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri * Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri SEJARAH:
Dari mata kasar, bendera hanya dilihat sebagai sebidang kain atau sehelai kertas namun ia mempunyai makna yang cukup besar sebagai lambang kedaulatan serta simbol penghormatan dan perpaduan.Mengikut catatan sejarah, terdapat beberapa jenis dan bentuk bendera-bendera telah dicipta oleh kerabat-kerabat raja dan hulubalang serta panglima yang bersumpah taat setia kepada Temenggong Daing Ibrahim Abdul Rahman yang mangkat di Telok Belanga,Singapura pada tahun 1862.Bendera Johor yang ada sekarang dan dikuatkuasakan itu adalah hasil ciptaan ketiga dari tahun 1855,bermula dari Telok Belanga hingga ke Tanjung Puteri atai Iskandar Puteri yang sekarang dikenali sebagai Johor Bahru.Menurut Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor, Encik Kamdi Kamil,ketika Johor dibuka pada 1855,terdapat dua warna pada bendera negeri iaitu putih dan hitam.Jelas beliau,warna putih telah digunakan oleh anakanda baginda dan waris penggantinya,Sultan Abu Bakar,sehingga 1871,yang kemudian dipinda dengan bulan sabit dan bintang berwarna biru di bahagian tengah.Katanya,warna tersebut ditempelkan di sudut atas pada bendera berwarna hitam,lantas mewujudkan bendera kebangsaan negeri Johor."Warna putih diambil bagi menandakan hak ketuanan serta kedaulatan raja memerintah dan warna hitam melambangkan rakyat.Bendera ini digunakan sehingga tahun 1865."Selepas itu,satu lagi bendera negeri dicipta apabila Datuk Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja memiliki kapal api bernama Johor untuk kegunaan beliau."Pangkah X di atas warna merah telah digantikan di sudut atas dan ukurannya adalah satu perlima daripada bendera asal selainnya kekal berwarna hitam.Bendera ini seterusnya digunakan hingga 1871,"katanya.Encik Kamdi b Kamil menjelaskan ,bersesuaian dengan gelaran maharaja,Temenggong Abu Bakar sebagai raja yang berdaulat telah membina sebuah kapal meriam bernama H.H.S. Pulai pada 1868.Terangnya,satu ciptaan baru bendera Di Raja diperkenankan untuk menggantikan bendera putih,sekali gus menyebabkan bendera negeri Johor dipinda sekali lagi dan seterusnya beberapa bendera yang terpenting telah diwujudkan.Tambah beliau,ciptaan bendera-bendera telah diperkenankan baginda dan digunakan dari tahun 1871 dengan melibatkan bendera terpenting seperti bendera Di Raja,bendera kebangsaan negeri Johor dan bendera rakyat.Bendera kebangsaan negeri Johor dan bendera rakyat.Bendera negeri Johor dari tahun 1871 itu telah digunakan sehingga sekarang .
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS