PSK:TAHUN 4-AKTIVITI 7A-SEJARAH SELANGOR

TAHUN 4 TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU TAJUK: MALAYSIAKU TERCINTA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menamakan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia 2. mencari maklumat tentang negeri-negeri di Malaysia 3. berbangga dan cinta akan negara
NOTA:
SEJARAH NEGERI SELANGOR:
Nama asal Selangor mengikut cerita lama,berasal dari perkataan Tamil seperti Selongore atau Salangor.Ada juga punca yang mengatakan ia berasal dari perkataan Melayu lama iaitu Sarang Laut,nama sebuah tempat di muara Sungai Kelang. Selangor telah melalui zaman sejarah yang tidak ada bandingnya di negara kita.Beberapa peristiwa penting telah berlaku di Selangor khasnya Kuala Lumpur.Peristiwa-peristiwa berkait dengan taraf Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia .Dengan lain perkataan,peristiwa berkait dengan seluruh Malaysia secara langsung berlaku di Kuala Lumpur. Selangor semasa keagungan Kerajaan Melayu Melaka berada di bawah takluk Melaka.Selepas itu ia diperintah oleh keturunan Bugis.Ketua mereka ialah lima bersaudara iaiatu Daeng Perani,Daeng Menambun,Daeng Merewah,Daeng Chelak dan Daeng Kemasik.Mereka berketurunan Bugis.Mereka tinggal beramai-ramai di tepi pantai dekat Kelang dan Kuala Selangor.Sultan Selangor yang pertama ialah Sultan Salehuddin Shah.Sebelum pemerintahan Inggeris,Selangor pernah diperintah oleh Belanda tetapi bukan seluruh negeri Selangor.Anak cucu baginda menjadi Sultan Selangor hingga sekarang. Sejarah purba Selangor boleh dikesan sejak dari zaman batu lagi.zaman purba yang terkenal ialah zaman Gangsa apabila terjumpanya gendang dan loceng gangsa di Lembah Kelang,Sungai Lang dan Sungai Langat .Zaman ini juga terkenal dengan nama Dong Song.Dipercayai bahawa tinggalan gangsa ini telah dibawa oleh orang-orang Melayu Deutro yang datang dari Indo-China. Selangor mengalami sejarah yang berkait dengan kedatangan penjajahan Inggeris dan zaman selepas kemerdekaan.tarikh Selangor dibuka tidak dapat dipastikan.Namun begitu ia telah mula diduduki sebelum Inggeris datang.Ini terbukti kerana ia telah berada di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.Mengikut sejarah,Inggeris mentadbir Selangor setelah Sultan Abdul samad tidak berjaya mengamankan peperangan saudara diantara Raja Abdullah dan Raja Mahadi.Peperangan saudara ini berlaku di daerah Kelang kerana bijih timah.Dengan itu,pegawai British yang pertama menjadi Residen Selangor ialah Davidson dalam tahun 1874 telah dilantik. Semasa penjajahan Inggeris,orang-orang China dan India telah dibawa masuk ke Selangor untuk melombong bijih timah ,membina jalanraya dan menanam getah.Ini telah membentuk masyarakat berbilang bangsa di Selangor dan menjadikan penduduk bandar ramai dengan orang Cina apabila pusat-pusat perlombongan bijih timah menjadi bandar. Selangor bertambah maju selepas Inggeris bertapak.Pusat kemajuan ialah Kuala Lumpur yang telah dipilih untuk menjadi ibu negeri Negeri Melayu Bersekutu.Semua kemajuan negara yang lain seperti pelajaran dan perhubungan juga diberi keutamaan di Kuala Lumpur. Penjajahan disamping membaiki sistem pentadbiran,ekonomi dan pelajaran telah juga membaiki kemudahan kesihatan.Dengan itu beberapa jenis penyakit dapat dikawal disekitar Kuala Lumpur lebih dahulu dari negeri-negeri lain di malaysia. Kuala Lumpur telah menempah beberapa peristiwa penting negara.ia menjadi ibu negeri Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ibu pejabat Residen jeneral dan kemudian Pejabat Pesuruhjaya Tinggi.Dalam tahun 1948 ia menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia dalam tahun 1963 hingga sekarang . Dalam tahun 1942 Selangor berada di dalam pemerintahan Jepun dan Kuala Lumpur menjadi bandar pemerintahan yang penting di ketika itu.Selepas 1945 ia menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Tentera British.
SUMBER:
SIRI MENGENAL SELANGOR -AB.RAHIM HJ SELAMAT
B.A.(Hons.),MLS(USA) -JOHORE CENTRAL STORE SDN BHD
JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS