NOTA:
SEJARAH NEGERI JOHOR:
Negeri Johor suatu masa dahulu disebut sebagai 'Ujung Tanah'. Ujung adalah kependekan perkataan 'hujung'. Hujung tanah di sini bermaksud kawasan yang terletak di hujung Semenanjung Tanah Melayu.Berdasarkan penulisan awal,Johor juga adakalanya disebut sebagai 'Ta-na"(Gerini) atau 'Jantan" atau 'Jantana'. Ada pula yang menyebut kawasan Johor itu sebagai Satana.
Pernah juga dikatakan bahawa perkataan Johor berasal daripada perkataan Hindi 'Jor' yang bermaksud 'sesuatu yang menyambungkan'.R.O.Windstedt,sejarawan dan bekas pentadbir British di Malaya,banyak menjalankan kajian mengenai orang Melayu dan sejarah Tanah Melayu.Di dalam penulisan mengenao Johor,beliau pernah menggunakan nama 'Wurawari' sebagai rujukan kepada Johor.
'Wuwawari'berasal daripada perkataan Jawa yang bermaksud 'air jernih'.Diriwayatkan bahawa terdapat sebuah prasasti(piagam yang bertulis pada batu)dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Jawa yang bertarikh 1006 Masihi.Padanya tercatat bencana yang dibawa oleh 'Wurawari' ke atas Tanah Jawa.Buku undang-undang Siam berjudul 'Kot Monthiera Ban' yang ditulis dalam tahun 1938 ada menyebut tentang raja di 'Wurawari' yang menaiki takhta pada tahun 1435.Mengikut buku itu,'Wurawari'berada di bawah takluk Siam.
Johor juga dikaitkan dengan nama 'Ganggayu' atau 'Gangga ayu',perkataan Jawa yang mempunyai makna yang sama dengan 'Wurawari' iaitu 'air jernih'.'Ganggayu' dan 'Gangga ayu' pernah pula dikaitkan dengan perkataan jawa 'galuh' yang bermakna permata.Kebetulan pula perkataan itu sama maknanya dengan perkataan Arab 'jauhar' (permata) .Pada pendapat ramai,daripada perkataan 'jauhar' lah lahirnya nama Johor.
Daripada catatan-catatan sejarah itu nyata sekali bahawa negeri Johor sudah lama mempunyai pemerintah serta perhubungan dengan dunia di luar alam Melayu.Lipatan sejarah seterusnya mengaitkan pemerintahan Johor dengan kesultanan Melaka.
Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,sultan Melaka dan pembesar-pembesar negeri itu lari ke daerah Muar,Johor.Di situ sultan Melaka menegakkan kerajaan sementara sambil menunggu peluang untuk merampas kota Melaka kembali..Walau bagaimanapun,rancangan baginda tidak berjaya dan dengan itu baginda terpaksa menetap di Johor.Maka,dari tahun 1511,kesultanan Johor tidak lain daripada lanjutan kesultanan Melaka.Wilayah takluk Johor juga tidak banyak berbeza daripada wilayah takluk Melaka.Darah keturunan sultan Melaka di Johor berakhir pada 1699 dengan pembunuhan Sultan Mahmud Shah II. Baginda mangkat kerana dibunuh oleh pembesar Johor iaitu Megat Seri rama yang bergelar Laksamana Bentan.Ketika itu, baginda sedang diusung dalam perjalanan ke masjid di Kota tInggi untuk menunaikan fardhu Jumaat.Dengan itu, terputuslah darah kesultanan Melaka.Ini adalah kerana baginda mangkat tanpa meninggalkan zuriat untuk menjadi ganti.
Sejak tahun 1699 hingga 1824,Johor diperintah pula oleh sultan-sultan daripada keturunan bendahara.Keturunan bendahara Johor juga mempunyai kaitan dengan istana Melaka dahulu.
Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II, takhta Johor diwarisi oleh bendahara Johor yang kesembilan belas yang kemudian memakai gelaran Sultan Abdul Jalil IV.Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV muncul pula Raja Kechil dari Siak.Raja Kechil mengaku bahawa beliau adalah putera Sultan Mahmud Shah II yang mangkat dijulang.Kedatangannya ke Johor bertujuan untuk mendapatkan takhta yang kononnya milik keluarganya.Untuk mengelakkan peperangan,Sultan Abdul Jalil IV mengahwinkan puteri baginda Tengku Tengah dengan Raja Kechil.Selepas itu Raja Kechil menukarkan namanya kepada Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
Melalui perkahwinan itu,Raja Kechil berjaya menguasai pemerintahan Johor.Secara rasminya,Sultan Abdul Jalil IV masih sultan Johor.Akan tetapi,pemindahan kuasa pemerintahan kepada Raja Kechil tidak menyenangkan pembesar-pembesar negeri mahupun anak-anak Sultan Abdul Jalil IV sendiri.
Sejak sebelum Sultan Abdul Jalil IV mangkat lagi,putera baginda Tengku Sulaiman sudah bermusuhan dengan Raja Kechil.Keadaan ini diperburuk pula oleh keinginan Raja Kechil untuk memperisterikan adik iparnya,Tengku Kamariah.Kemudian,datang faktor penentu,iaitu orang Bugis.
Pada masa itu,orang Bugis sudah mula mendiami kawasan pantai di Selangor.Yang terkenal di kalangan orang Bugis itu ialah lima bangsawan Bugis yang bersaudara:Daeng Perani,Daeng Marewah,Daeng Chelak,Daeng Menambun dan Daeng Kemasek.Lima adik-beradik itu beserta dengan bapa mereka,Daeng Rilaka,telah diusir dari tanahair mereka di Sulawesi oleh Belanda.
Pada mulanya,Raja Kechil telah berpakat dengan Daeng Perani untuk sama-sama belayar ke Johor dan merampas kuasa di sana.Akan tetapi,Raja Kechil tidak menepati janjinya lalu pergi ke Johor tanpa pasukan Daeng Perani.Apabila Daeng Perani tiba di Johor,beliau telah didatangi Tengku Sulaiman putera Sultan Abdul Jalil IV.Mereka bersetuju untuk berganding bahu menentang Raja Kechil.Tidak lama kemudian,tersingkirlah Raja Kechil dari Johor.
Tengku Sulaiman menjadi sultan Johor yang kedua belas,memakai gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.Bagi orang Bugis,penglibatan mereka dengan hal-ehwal istana Johor itu menandakan titik permulaan campur tangan mereka dalam politik dan pemerintahan wilayah orang Melayu.
Sultan Sulaiman memindahkan pusat pentadbirannya dari tanah besar Johor ke Pulau Riau.Riau dijadikan pusat pentadbiran empayar Johor-Riau hingga ke zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah III,apabila baginda berpindah ke Pulau Lingga.
Sultan Mahmud Shah III meninggalkan dua orang putera yang sulung Tengku Husein(Tengku Long) dan adiknya Tengku Abdul Rahman.Selepas kemangkatan Sultan Mahmud,dua beradaik ini mula berebut takhta Johor.Pihak Inggeris mengiktirafkan Tengku Husein sebagai sultan yang sah bergelar Sultan Husein Shah.Pihak Belanda pula mengiktiraf Tengku Abdul Rahman.Dengan itu empayar Johor-Riau berpecah.
Tengku Hussein memerintah Johor dan Singapura.Tengku Abdul Rahman pula memerintah Riau dan Lingga.Walau bagaimanapun,Tengku Hussein kemudian berpindah ke Melaka dan mangkat di sana.Tengku Abdul Rahman menetap di Singapura dan mangkat di situ.Pemindahan Tengku Hussein ke Melaka itu telah memperkuat pengaruh Tengku Abdul Rahman ke atas Johor.
Apabila Tengku Abdul Rahman mangkat,putera baginda yang kedua,Temenggung Ibrahim(Daeng Ronggek) dilantik Temenggung Johor yang baru.Dan,apabila Sultan Hussein Shah mangkat,putera sulung baginda Tengku Ali menuntut hak pemerintahan Johor.Lama-kelamaan British bersetuju dengan tuntutan Tengku Ali.Akibatnya,berlaku perselisihan antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim.Kemudian diadakan perjanjian yang menyerahkan seluruh wilayah Johor kepada Temenggung Ibrahim,kecuali daerah Kesang.Tengku Ali dibayar pampasan dan berpindah ke Kesang,kemudian ke Melaka.Tengku Ibrahim dengan rasmi menjadi sultan Johor yang kelapan belas.Baginda mangkat pada 1 Februari 1862.
Tengku Ibrahim digantikan oleh putera baginda Temenggung Abu Bakar.Pada tahun 1877,Sultan Ali menyerahkan Kesang kepada Temenggung Abu Bakar.Pada 20 Januari 1877,Sultan Ali mangkat di Umbai,Melaka.
Sultan Abu Bakar diberi gelaran 'Bapa Johor Moden'.Pada tahun 1885,baginda menubuhkan pasukan askar Johor yang dipanggil 'Pasukan Timbalan Setia Negeri'.baginda mangkat pada 4 Jun 1895 dan digantikan oleh putera baginda,Sultan Ibrahim.Sultan Ibrahim mangkat pada 9 Mei 1959 dan digantikan oleh Sultan Ismail.Baginda Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 dan digantikan oleh putera baginda,Sultan Iskandar Shah.
Keluasan kawasan negeri Johor ialah lebih kurang 19,000 kilometer persegi.Negeri Johor satu-satunya negeri yang mempunyai pantai yang menghadap Laut Cina Selatan dan yang menghadap Selat Melaka.Pulau Singapura terpisah dari Johor oleh Selat Tebrau.Sungai-sungai utama di Johor ialah Sungai Johor,Sungai Endau,Sungai Muar,Sungai Batu Pahat dan Sungai Sedili Besar.
Puncak tertinggi di Johor ialah Gunung Ledang atau Mount Ophir.Ketinggiannya ialah 1,395 meter.Gunung Ledang terletak di daerah Muar di sempadan Johor dengan Melaka dan Negeri Sembilan.
Pada masa dahulu, negeri Johor terbahagi kepada 8 daerah iaitu Johor Bahru,Pontian,Kota Tinggi,Batu Pahat,Muar,Kluang,Segamat dan Mersing. Tetapi, kini telah ditambah menjadi ....... daerah . Daerah baru tersebut adalah.... Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru.bandar ini dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri.Tanjung Puteri dibuka oleh Temenggung Ibrahim sebagai pusat pentadbiran baru baginda.Putera baginda kemudian menukarkan nama bandar itu kepada Johor Bahru pada 1 januari 1866.
SUMBER:
SALASILAH NAMA TEMPAT
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
-YUSMAN AYOB
-PENERBIT PRISMA SDN BHD