TAHUN 4
TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU
TAJUK: MALAYSIAKU TERCINTA
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menamakan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia
2. mencari maklumat tentang negeri-negeri di Malaysia
3. berbangga dan cinta akan negara
NOTA: LAGU NEGERI TERENGGANU
SELAMAT SULTAN
Allah daulatkan tuanku sultan
Terengganu Darul Iman
Allah Peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan tuanku sultan
Memerintah rakyat aman
INFO LAGU
Pada 20 Februari 1990,Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataan seperti berikut: Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah jawatnkuasa bagi mengkaji semula senikata lagu Selamat Sultan yang mana sebahagian daripadanya adalah kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikut bahasa Istana. Senikata lagu yang ada sekarang telah dibuat pindaan terakhirnya pada pertengahan tahun 40-an. Sehubungan dengan itu,jawatankuasa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas seni kata lagu lama tersebut. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah mengampuni perkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan. Baginda Sultan juga mengampuni perkenan lagu ini dimainkan di majlis-majlis menyambut Hari Keputeraan Baginda Yang ke-60 mula 10 Mac 1990. Oleh itu , semua majlis rasmi yang terlibat dengan persembahan lagu hendaklah dinyanyikan dengan seni kata baru. Sejak itu, Kerajaan Negeri telah menghantar salinan nota lagu dengan senikata baru dan sebuah kaset yang mengandungi lagu Selamat Sultan kepada semua ketua jabatan, pengetua sekolah menengah dan guru besar sekolah rendah . Dengan demikian semua pihak menyenyikan lagu Selamat Sultan mengikut irama yang betul sepertimana irama yang asal.
SUMBER:
SEJARAH DARUL IMAN HINGGA 1361(1924M) edisi baru
INFO LAGU
Lagu Selamat Sultan yang digunakan sekarang ini telah dikarang sekitar tahun 1927 di dalam masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Sulaiman badrul Alam Shah.Penggubahnya ialah seorang guru di Sekolah Melayu paya Bunga, Kuala Terengganu, Muhammad Hashim Abu Bakar. Beliau adalah ahli seni lagu dan pengasas Pasukan Pancaragam Polis Di-Raja Terengganu sebelum Perang Dunia Kedua. Penciptaan lagu ini bermula pada tahun tersebut apabila Allahyarham Datuk Seri Andika Diraja,juruiring Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah berjumpa dengan Muhammad Hashim di sekolah tersebut kerana menyampaikan hasrat dan titah sultan supaya mengarang sebuah lagu kebangsaan negeri atau Selamat Sultan. Lagu kecenderungan Allahyarham Datuk Seri Andika sendiri elok digubah dengan irama yang sedikit garang . Titah itu telah diterima oleh Muhammad Hashim. Selepas nada lagu yang dikehendaki itu digubah beberapa hari dan dicubanya dengan alat muzik , Muhammad Hashim mengadap baginda Sultan di Istana Kolam dan memperdengarkan di hadapan baginda. Baginda yang tertarik dengan lagu itu telah berkenan menerimanya serta dijadikan lagu 'Selamat Sultan'. Seminggu kemudian , baginda Sultan telah menitahkan supaya lagu itu dinyanyikan beramai-ramai oleh pasukan kanak-kanak sekolah diiringi pancaragam pengakap kanak-kanak di hadapan Istana Kolam. Senikata lagu yang asal yang disusun oleh penggubah lagu itu sendiri telah dipinda selepas pemerintahan Jepun oleh Jabatan Pelajaran Terengganu sehingga 9 Mac 1990. Ekoran daripada cadangan Datuk Setia Jasa Mohd Saleh Awang @ Misbaha supaya senikata lagu 'Selamat Sultan' diubahsuai dan juga terdapat bermacam tempo lagu, maka Kerajaan telah melantik satu jawatankuasa seramai lapan orang diketuai Setiausaha Kerajaan datuk Setia Wangsa dan bersidang kali pertama pada 30 Ogos 1989.
SUMBER:
UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING MODL PSK
NEGERI JOHOR