PSK:TAHUN 4-UNIT 8-MERCU TANDA MALAYSIA - JAMBATAN PULAU PINANG

MERCU TANDA MALAYSIA JAMBATAN PULAU PINANG
Pulau Pinang merupakan negeri kedua terkecil di Malayia selepas Perlis . Peredaran masa menyaksikan Pulau Mutiara ini semakin hari semakin pesat membangun . Banyak mercu tanda dan tempat-tempat menarik wujud di Pulau itu. Selain cukup sinonim dengan buah pala , satu lagi yang tidak dapat tidak dikaitkan apabila menyebut Pulau Pinang ialah jambatan yang tersergam indah iaitu jambatan Pulau Pinang . Sekitar tahun 1980-an , pembinaan jambatan Pulau Pinang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pianang khasnya . Antara jambatan yang terpanjang di Asia , idea pembinaan jambatan timbul semenjak era pemerintahan Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Kedua pada tahun 1960-an . Pun begitu , ia kemudiannya dirancang semasa pemerintahan Tun Hussein Onn , Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada tahun 1970-an . Walau bagaimanapun , dalam tahun 1980-an ketika era Tun Dr.Mahathir Mohamad barulah idea pembinaan Jambatan Pulau Pinang dapat direalisasikan . Sesungguhnya pembinaan Jambatan Pulau Pinang bukanlah semudah yang disangkakan . Setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan akhirnya Jambatan Pulau Pinang sepertimana yang diidamkan berjaya disiapkan pada 1985. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia pada waktu ianya siap dibina . Jambatan ini adalah sepanjang 13.5 km di mana 8.4 km daripadanya merentasi laut serta menghubungkan Lebuh raya Jelutong di Bayan Lepas , Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung di Seberang Prai. Kerja-kerja pembinaan jambatan ini bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985 dengan menelan kos RM850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara serta diakui sebagai pencapaian kejuruteraan cemerlang di dunia . Hal ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel penahan yang terawal di dunia . antara menarik mengenai Jambatan Pulau Pinang ialah : a) Bilangan lorong kenderaan yang terdapat di jambatan mempunyai empat laluan . b) Pada 3 Ogos 1985 , Perdana Menteri Keempat , Tun Dr. Mahathir Mohamad memandu Proton Saga melintasi Jambatan Pulau Pinang . c) Pada 8 September 1985 , jambatan ini dibuka kepada orang ramai untuk berjalan kaki di atas jambatan . d) pada 14 September 1985 , Pemangku Perdana Menteri ketika itu , Tan Sri Musa Hitam memandu Proton Saga dan orang pertama membayar tol RM7 sebagai tanda pembukaan kepada kenderaan lain . e) Telah dianugerahkan 'The 1993 FIABCI award of Distinction'. Penganugerahan ini adalah atas peranan Jambatan Pulau Pinang dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS