ZAPIN LENGA BATU 28
Nama Zapin Lenga Batu 28 diambil sempena nama Kampung Lenga Batu 28 , Muar , Johor . Zapin Lenga Batu 28 ini telah dibimbing dan dikembangkan oleh Allahyarham Rabu bin Haron kepada anak - anak didiknya , antaranya Sukur bin Basir yang masih giat membimbing dan mengembangkan zapin di Kampung Lenga Batu 28 dan kampung - kampung sekitarnya pada tahun 2009. Encik Sukur telah mula mempelajari zapin ini sejak berusia 13 tahun di rumah gurunya di Batu 28 Lenga , Muar bersama - sama beberapa orang pemuzik sahaja yang masih menetap dan giat berzapin di kampung ini . Zapin Lenga Batu 28 ini asalnya ditarikan oleh penari lelaki sahaja dan kebiasaannya ditarikan di majlis - majlis keramaian seperti majlis perkahwinan , majlis berkhatan atau hari - hari kebesaran negeri . Setiap gerak zapin ini yang dipanggil 'langkah' akan memulakan pergerakan dengan kiraan 1,2, dan 3. Terdapat enam langkah dalam Zapin Lenga Batu 28. Iringan muzik zapin ini menggunakan alat - alat muzik tradisional iaitu tiga buah marwas , peti harmonium , violin dan gong yang kemudiannya ditambah dengan alat - alat muzik lain seperti gambus dan gendang . Sewaktu mempersembahkan Zapin Lenga Batu 28 ini , lazimnya penari - penari akan memakai baju kurung Teluk Belanga berwarna putih , bersamping dan bersongkok .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS