ZAPIN MAHPOM
Zapin Mahpom berasal dari Parit Tengah Sarang Buaya , Muar dan telah dikembangkan ke Parit Yusof 21 , Kampung Parit Tengah 18 , Air Hitam , Muar , Johor . Perkataan "mahpom" diambil sempena hasil pukulan marwas zapin lain . Pengasas zapin ini telah menurunkan kemahiran Zapin Mahpom kepada anak saudaranya sendiri iaitu Suhairi bin Adam atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Turiman dan Mian bin Sulaiman . Menurut Mian bin Sulaiman , sebenarnya terdapat banyak langkah dalam tarian Zapin Mahpom ini , namin hanya empat langkah sahaja yang masih diingat oleh Mian Sulaiman . Pergerakan langkah Zapin Mahpom ini tidak terputus - putus dan bermula dengan kiraan satu hingga lapan . Selain marwas , alat muzik yang digunakan untuk Zapin Mahpom ini adalah gambus dan peti harmonium . Gabungan alatan muzik ini menjadikan tarian Zapin Mahpom ini bertambah menarik . Pemain gambus merupakan penyanyi utama kumpulan ini dan antara lagu yang selalunya dinyanyikan mengiringi persembahan Zapin Mahpom ini ialah lagu Anak Ayam . Sewaktu mengadakan persembahan , busana yang biasa digunakan ialah baju Melayu Teluk Belanga berdagang luar dan bersongkok . Ada ketikanya , tarbus digunakan sebagai busana pilihan . Tarian zapin ini asalnya hanya ditarikan oleh penari lelaki sahaja . Kini , penari wanita turut menarikan Zapin Mahpom ini . Majlis keramaian seperti majlis perkahwinan menjadi pilihan untuk disajikan Zapin Mahpom ini .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS