TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian kaum Melanau .
TARIAN KAUM MELANAU
2. TARIAN IGAL
1. Tarian Igal sama seperti tarian Mengalai , cuma , yang membezakan , tarian Igal lebih rancak daripada segi pergerakannya .
2. Tarian ini tidak terikat pada tapak asas dalam tarian .
3. Tarian Igal bebas ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan .
4. Jumlah penari juga tidak dihadkan .
5. Dari segi pemakaian , pakaian juga bebas sama ada menggunakan pakaian tradisional , ataupun pakaian moden .
6. Oleh kerana tarian Igal adalah bebas , para penari boleh menarikan dalam pelbagai bentuk sama ada seperti tarian Mengalai , Joget Rancak dan sebagainya .
7. Jika tarian lain mempunyai alunan muzik yang lembut , tarian Igal pula diiringi muzik rancak .
8. Oleh kerana itu , penari akan menari dengan bebas da sesiapa sahaja boleh menarikannya .
9. Ada juga di kalangan remaja yang mengambil peluang untuk berkenalan antara satu sama lain .
10. Bagi golongan dewasa pula , tarian ini kurang mendapat sambutan kerana rentak yang rancak .