TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Sikh . TARIAN KAUM SIKH 1. TARIAN GHIDDHA 1. Tarian Ghiddha merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi . 2. tarian ini ditarikan oleh penari - penari wanita sahaja . 3. tarian Ghiddha boleh diumpamakan seutas tali atau rantai yang berputar-putar mengikut rentak muzik . 4. Pakaian warna - warni adalah lambang keceriaan penari - penari dalam tarian tersebut . 5. Tarian Ghiddha dipersembahkan pada malam hari perkahwinan . 6. Penari- penari Ghiddha dianggap sebagai perantaraan kaum wanita untuk meluahkan perasaan mereka . 7. Ayunan tangan yang lemah gemalai menunjukkan rasa gembira apabila dijodohkan dengan pasangan mereka . 8. Biasanya , tarian Ghiddha ditarikan dengan mengikut alunan muzik melalui Bolian atau rangkaian lagu - lagu rakyat . 9. Penari - penari akan memakai selendang yang cantik .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS