TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum India . TARIAN KAUM INDIA 2. TARIAN BHARATA NATYAM 1. Tarian Bharata Natyam ini berasal dari negeri Tamil Nadu di selatan India . 2. Kebiasaannya , tarian Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo . 3. Ada juga tarian ini yang ditarikan secara berpasangan , dua orang penari wanita atau sepasang penari lelaki dan wanita . 4. Pada umumnya , persembahan tarian ini mengandungi enam peringkat yang utama iaitu Alirippu , Gatiswaram , Sbdam , Varnam , Padam dan Thillana . 5. Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau tarian tulen . 6. Naritta menagndungi adarus atau unit tarian asas . 7. Setiap adarus mengandungi tiga unsur utama iaitu asas posisi berdiri , pergerakan kaki dan tangan . 8. Rentak Bharata natyam adalah berdasarkan rentak yang panjang dan meleret - leret . 9. Rentak panjang ini dikenali sebagai Jatis . 10. Alat muzik dan tarian merupakan asas penting dalam menghidupkan tarian Bharata Natyam seperti Bahairavi , Kalyani dan Kambodhi. 11. Penyanyi pula akan menyanyi sambil memastikan pergerakan penari supaya bersesuaian . 12. Pengawalan suara dipanggil sebagai shollukatus atau sukukata rentak .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS