TAHUN 5

TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA

TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU



Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:

1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita

2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita

3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia



NOTA:

1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .

2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .

3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .

4. Berikut adalah contoh tarian kaum Iban .



TARIAN KAUM IBAN

1. TARIAN NGAJAT

1. Tarian Ngajat merupakan tarian yang paling popular di kalangan masyarakat Iban .

2. Tarian Ngajat ini dipersembahkan dalam apa juga perayaan sama ada dalam majlis perkahwinan ataupun perayaan yang lain .

3. Menurut masyarakat Iban , tarian Ngajat merupakan tarian yang mempunyai mesej tersendiri .

4. Tarian ini adalah latihan rohani dan jasmani .

5. Pada masa dahulu , tarian Ngajat banyak ditarikan sebelum dan selepas perang .

6. Tarian ini bebas ditarikan oleh sesiapa sahaja sama ada lelaki ataupun wanita .

7. Tarian ini juga turut ditarikan golongan tua dan muda .

8. Untuk menarikan tarian Ngajat , pakaian para penari akan diambil kira .

9. Pakaian tradisional digunakan .

10. Antara lain, para penari dikehendaki memakai kain erah yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paars lutut .

11. Kemudian , pakaian tersebut perlu ditambah dengan pelbagai aksesori yang lain seperti manik - manik untuk menambahkan kecantikan .

12. Bagi kaum perempuan , sanggul dipakai untuk disesuaikan dengan pakaian , manakala kaum lelaki pula dikehendaki memakai tanjak atau topi yang dihias dengan bulu - bulu burung .

13. Penari lelaki memakai sejenis baju yang diperbuat daripada bulu-bulu burung kenyalang , tetapi tidak dijahit pada kiri dan kanannya .

14. Ini akan menjadikan kaum lelaki kelihatan gagah dan tampan apabila menarikan tarian tersebut .

15. Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah dan penari akan melompat bersama iringan muzik .

16. Gerakan yang seragam akan menyebabkan tarian ini kelihatan menarik dan unik .

17. Alat - alat muzik yang mengiringi tarian Ngajat adalah seperti gong besar dan kecil , gendang , tetawak , bebendai dan engkurumong . Lazimnya alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki .

18. Bentuk muzik yang dimainkan adalah sama sahaja melainkan tempo yang dimainkan mengikut situasi .

19. Misalnya , tempo untuk kematian lebih perlahan daripada menyambut perayaan .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS