TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Cina . TARIAN KAUM CINA 3. TARIAN PAYUNG 1. Tarian Payung mempunyai sejarah yang menarik. 2. Ia merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di negara China . 3. Tarian ini berasal dari sebuah daerah yang terkenal membuat payung . 4. Seperti di negara China , tarian Payung ini mempunyai unsur - unsur tempatan . 5. Keindahan tarian ini di Malaysia adalah menyerupai tarian asli di negara China . 6. Biasanya , tarian dipersembahkan di kampung - kampung . 7. Jumlah penari tidak terhad dan pakaian tarian ini adalah sama seperti yang digunakan semasa zaman Dinasti Han . 8. Muzik yang mengiringi tarian ini rancak dan berterusan .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS