TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Cina . TARIAN KAUM CINA 4. TARIAN BUNGA TERATAI 1. Tarian Bunga Teratai diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di wilayah Dong-Huang di negara China . 2. Tarian ini memaparkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di tepi sebuah kolam yang dipenuhi denagn bunga teratai yang cantik . 3. Bunga teratai merupakan identiti kebudayaan Cina ketika itu . 4. Dalam tarian Bunga Teratai , para penari akan mempersembahkan tarian dalam suasana gembira di samping memetik beberapa kuntum bunga teratai yang sedang mekar . 5. Kemudian , mereka akan menggayakan beberapa aksi seperti sekuntuk teratai yang sedang mekar dan dipukul ombak kecil . 6. Mereka akan menari denagn bebas . 7. Dari segi pakaian pula , kebanyakan penari memakai pakaian yang berwarna putih dan kepala mereka pula diikat dengan beberapa kuntuk bunga teratai . 8. dari sini , jelas menunjukkan penari berada di dalam kegembiraan .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS