TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Cina . TARIAN KAUM CINA 2. TARIAN NAGA 1. Tarian Naga juga seperti tarian Singa . 2. Tarian ini unik kerana memerlukan model yang berbentuk seperti seekor naga . 3. Kemudian , beberapa orang penari akan menggayakan pelbagai aksi seperti seekor naga . 4. Pada model naga akan diletakkan kayu untuk memudahkan penari menggerakkan naga tersebut . 5. Setiap penari akan mengikuti ketua yang memegang kayu yang terdapat pada bahagian kepala . 6. Pergerakan yang dibuat adalah seperti naga sedang menari dan beraksi mengikut rentak irama . 7. Lazimnya , persembahan tarian Naga ini hanya dilihat pada hari perayaan atau keramaian sahaja . 8. Tarian Naga ini kurang popular jika dibandingkan denagn tarian Singa kerana tarian ini kurang menunjukkan aksi yang hebat .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS