TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian kaum Iban .
TARIAN KAUM IBAN
A. NGAJAT TERBUNUH:
1. Ngajat terbunuh dipersembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat Iban .
2. Tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang dilakukan oleh mereka sebagaimana yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu .