TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian kaum Melanau .
TARIAN KAUM MELANAU
1. TARIAN MENGALAI
1. Tarian Mengalai merupakan tarian yang popular di kalangan masyarakat Melanau .
2. Tarian ini mempunyai pelbagai aksi yang menarik.
3. Tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki dan wanita .
4. Penari - penari tarian ini menggunakan pakaian tradisional masyarakat Melanau .
5. Tarian Mengalai adalah tarian yang menggunakan pergerakan burung kenyalang sebagai asas.
6. Tarian ini mirip tarian masyarakat Iban .
7. Dari segi pergerakan tarian tersebut lebih lembut .
8. Kebanyakan penari akan menari secara berselang - seli di antara penari perempuan dan lelaki .
9. Kemudian penari akan mengangkat kedua-dua belah tangan seperti gaya seekor burung kenyalang menggerakkan kepak .
10. Mereka akan menghayunkan kedua-dua belah tangan sambil terhenjut-henjut mengikut alunan muzik .
11. Pada masa yang sama , para penari akan bergerak dari belakang ke hadapan , dan dari kiri ke kanan .
12. Kemudian , mereka akan menari dalam bentuk bulatan .
13. Ketika itu , kedua-dua belah tangan masih terus direnggangkan dan kaki masih lagi terhenjut .
14. Tarian ini amat popular ditarikan di hari perayaan kerana tarian tersebut unik .