TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Cina . TARIAN KAUM CINA 1. TARIAN SINGA 1. Tarian Singa adalah tarian yang unik kerana mempunyai pakaian yang berbentuk seekor singa . 2. Tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki dan memerlukan kemahiran . 3. Setiap gerak langkah mempunyai maksud tertentu . 4. Pada Tahun Baru Cina , tarian Singa ditarikan dari rumah ke rumah dan dari kedai ke kedai untuk memberi berkat kepada tuan punya . 5. Angpau akan disangkutkan pada palang pintu dan penari tarian Singa akan menunjukkan persembahan sebelum mengambil angpau tersebut . 6. Dengan ini rumah atau kedai tersebut akan sentiasa memperoleh keuntungan mengikut kepercayaan kaum Cina . 7. Kini tarian Singa tidak hanya ditarikan di musim perayaan sahaja tetapi juga pada hari - hari keramaian yang lain . 8. Ini disebabkan tarian tersebut lebih diminati oleh masyarakat umum dan tidak hanya di kalangan masyarakat Cina sahaja .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS