PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-1.KAUM MELAYU-TARIAN ZAPIN

TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Melayu . TARIAN KAUM MELAYU: 3. TARIAN ZAPIN 1. Pada masa ini , tarian zapin begitu popular di kalangan masyarakat Melayu kerana corak persembahannya yang lebih mudah dipelajari . 2. Tarian ini sering ditarikan di beberapa majlis keramaian dan pertunjukan . 3. Tarian ini lebih banyak ditarikan oleh penari lelaki . 4. Kebanyakan penari memakai baju Melayu dan songkok . 5. Antara alat - alat muzik yang mengiringi tarian zapin adalah seperti marwas dan gambus .
MENGIMBAU TARIAN ZAPIN JOHOR: Pada suatu ketika dahulu , tatkala Melaka diranduk Feringgi , Sultan dan kerabat terdekat , hulubalang dan wira bangsa telah berpindah ke hulu sungai dan berteduh di lapangan buruan Diraja sementara menanti waktu untuk bertindak selanjutnya . Namun demikian , takdir yang menentukan bahawa Sultan akhirnya mangkat di Kampar dan warisnya membuka negeri di Ujung Tanah di Kota Johor Lama . Sejak itu , Ujung Tanah menjadi tempat baru kekuasaan bangsa Melayu - Islamnya . Di sana juga tertuangnya wadah baru dari pembauran Melayu-Arab dalam bentuk Zapin Melayu yang kemudiannya berkembang pesat di seluruh Alam Melayu . Zapin Melayu yang dicipta dari pengaruh seni gerak dan nyanyian Arab Hadramaut telah berubah sifat sehinggakan gerak laku dan nyanyian lagunya jelas terpisah dari sumber ciptaannya . Zapin Melayu menjadi warisan kesenian Melayu di seluruh pelusuk dunianya . Dari Ujung Tanah , melalui pemerintahan kerajaan Melayu Johor-Riau-Linga , Zapin Melayu telah berkembang dan bertapak di alam Melayu dan dikenali dengan berbagai - bagai nama . Ada yang bergelar Jipin , Jepin , atau Dana dan Zafin; namun pada hakikatnya , seni tersebut membusur dari induk yang sama . Gerak laku pemain zapin Melayu sangat murni dengan kehalusan seni tari Melayu , nyanyiannya pula sering mengingatkan kita kepada pesanan orang tua - tua melalui gurindam lama bersalur puji-pujian kepada Rasul dan Tuhan Yang Maha Kaya . Bunyi - bunyian daripada petikan Gambus dan Taksim yang panjang sangat melegakan telinga yang mendengar . Telingkahan Gendang Marwas menyegarkan rasa memberi tenaga kepada pemainnya . Tahtom atau Wainab di hujung persembahan mencuit hati untuk menyambung permainan sehingga ke waktu pagi . Begitulah rasminya Zapin Melayu dan permainannya , merdu didendang , cekal ditandak , halus nasihat , kental puji - pujiannya . Dari penyelidikan yang telah dibuat oleh Bahagian Pengembangan Yayasan warisan Johor , telah didapati beberapa variasi zapin di Negeri Johor . Contohnya seperti Zapin Pekajang , Zapin Tenglu , Zapin Tanjung Labuh dan lain - lain .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS