PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-1.KAUM MELAYU-TARIAN KUDA KEPANG

TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Melayu . TARIAN KAUM MELAYU: 2. TARIAN KUDA KEPANG 1. pada mulanya , tarian Kuda Kepang ditarikan oleh masyarakat Melayu berketurunan Jawa di Johor . 2. Namun , kini tarian ini telah mula ditarikan oleh keturunan lain masyarakat Melayu kerana keunikannya . 3. Tarian Kuda Kepang memerlukan patung kuda yang diperbuat daripada anyaman buluh , rotan dan sebagainya . 4. Ekor kudang kepang diperbuat daripada sabut kelapa . 5. Bahagian badan diwarnakan mengikut kreativiti pembuat . 6. Tarian ini ditarikan sama ada oleh penari lelaki ataupun perempuan atau kedua-duanya sekali . 7. Jumlah penari tidak dihadkan . 8. Tarian ini kononnya dihasilkan di negeri Jawa , Indonesia sempena mengenang Wali Songo yang menyebarkan Islam di kawasan pedalaman dengan menggunakan kuda . 9. Oleh kerana orang Jawa berminat dengan corak penyempaian wali itu , akhirnya menghasilkan tarian tersebut . 10. Dari segi pakaian juga unik. 11. Kebanyakan penari akan memakai baju bercirikan masyarakat Jawa . 12. Namun begitu , terdapat beberapa pakaian yang dipakai oleh penari mengikut cita rasa masing - masing .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS