PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-1.KAUM MELAYU-TARIAN ZAPIN PUTAR ALAM

ZAPIN PUTAR ALAM Zapin Putar Alam berasal dari Parit Yusof , Muar , Johor dan diasaskan oleh Allahyarham Encik Sa'dan . Dua orang murid beliau iaitu Encik Sabri Mahmood dan Encik Rashid Haji Abd Karim kini telah menubuhkan kumpulan zapin yang dikenali dengan nama Seri Setia . Pergerakan Zapin Putar Alam lebih banyak berputar dan mempunyai lapan langkah, tetapi mereka ( Encik Sabri dan Encik Rashid ) hanya sempat belajar langkah satu hingga langkah empat sahaja . Gaya pergerakan lelaki dan perempuan berbeza , gerak lelaki lebih tangkas manakala gerak perempuan lebih halus . Antara alat muzik yang digunakan ialah Marwas , Gambus dan Peti Harmonium dan lagu yang mengiringi tari zapin ini ialah lagu Selamat Datang , lagu Anak Ayam dan lain - lain . Pada peringkat permulaannya , busana lelaki yang digunakan dalam persembahan zapin ini ialah kot , seluar slek , kain samping pelekat dan tarbus , manakala busana untuk perempuan baju kurung dan kain selempang di bahu . Busana yang digunakan dewasa ini sama dengan busana zapin yang terdapat di Negeri Johor .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS