PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 2C

TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: BIJAK MENGGUNAKAN MASA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan perkara yang boleh dilakukan pada waktu senggang 2. menggunakan masa senggang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah 3. menghargai masa senggang NOTA: PENGURUSAN MASA DI SEKOLAH : 1. Masa yang dihabiskan di sekolah tidak lama seperti masa berada di rumah . 2. Namun begitu , masa yang dihabiskan di sekolah sangat berharga. 3. Selain mengikuti aktiviti pembelajaran , seseorang murid itu boleh melakukan aktiviti lain yang bermanfaat . 4. Oleh itu , pengurusan masa di sekolah juga amatlah penting . 5. Sekiranya murid tidak menggunakan masa dengan baik tentulah ianya akan merugikan 6. Bayangkan seseorang murid tidak hadir ke sekolah dalam beberapa hari , tentu dia akan ketinggalan dalam banyak pelajaran . 7. Selain mengikuti aktiviti pembelajaran berdasarkan jadual waktu mata pelajaran , murid-murid juga perlu bijak melakukan aktiviti yang berfaedah semasa di sekolah . 8. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti : a) berbincang dengan rakan - rakan sekelas tentang sesuatu topik b) membaca buku di perpustakaan c) bertanyakan kepada guru tentang topik yang kurang difahami d) melayari internet di makmal komputer sekolah e) membuat latihan kerja - kerja sekolah JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS