
Bendera Kelantan yang ada seperti mana hari ini dikatakan mula diperkenalkan sekitar tahun 1922 pada zaman pemerintahan Sultan Ismail ( Tengku Ismail Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV).
Pada tahun itu juga , baginda Sultan Ismail telah mengubah bentuk bendera Tubuh Baginda selain bendera negeri Kelantan .
Sementara bendera negeri Kelantan yang ada ketika waktu itu digunakan sejak zaman Al-Marhum Sultan Muhammad IV.
Baginda Sultan Ismail adalah Raja Kelantan yang pertama menjalani Istiadat Kemahkotaan .
Dari situ , dipercayai bermulanya pengenalan kepada bendera yang ada hari ini .
Bendera Kelantan mempunyai latar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk , rakyat dan raja .
Lambang kebesaran berwarna putih pada bendera itu pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan .
Selain itu dapat dilihat bagaimana pengaruh agama Islam amat jelas dalam bendera Kelantan .
Berhubung sejarah lambang kerajaan Kelantan pula bermula pada pemerintahan Al-Marhum Sultan Muhamad IV
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING
MODUL PSK NEGERI JOHOR