PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 7A-1.KAUM MELAYU-TARIAN ASLI

TAHUN 5 TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita 2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita 3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia NOTA: 1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional . 2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama . 3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain . 4. Berikut adalah contoh tarian kaum Melayu . TARIAN KAUM MELAYU: 5. TARIAN ASLI 1. Tarian Asli dicipta berasaskan lagu - lagu Melayu asli yang lunak . 2. Tarian Asli ini ditarikan mengikut jenis lagu . 3. Sekiranya lagu Melayu itu bertemakan sirih , para penari akan membawa tepak sirih . 4. Sekiranya lagu bertemakan sapu tangan , bermakna setiap penari akan memakai sapu tangan dan menari mengikut alunan lagu . 5. Dari segi jumlah bilangan penari , tidak ditentukan . 6. Namun begitu , kebanyakan penari daripada kalangan wanita . 7. Pemakaian penari biasanya terdiri daripada baju kebaya dan berkain sarung panjang . 8. Pada kepala pula , dihias dengan sanggul yang menarik melilit siput rambut . JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS