TAHUN 5
TEMA 4; KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: KEUNIKAN TARIAN DI NEGARAKU
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan jenis tarian yang terdapat di negara kita
2. mencari maklumat jenis tarian di negara kita
3. menghargai keunikan tarian pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional .
2. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya , kaum , bangsa dan agama .
3. Antaranya ialah kaum Melayu , Cina , India , Sikh , Kadazan , Bajau , Iban , Bidayuh dan lain - lain .
4. Berikut adalah contoh tarian masyarakat Portugis di Melaka .
TARIAN MASYARAKAT PORTUGIS DI MELAKA
1. TARIAN JOGET PORTUGIS
1. Tarian Joget Portugis ditarikan oleh keturunan Portugis di Melaka dan turut diminati oleh masyarakat lain .
2. tarian Joget ini dipengaruhi pelbagai kebudayaan dan tidak mempunyai maksud tertentu .
3. Tarian Joget diyakini campuran daripada masyarakat Melayu dan Portugis sehingga menghasilkan tarian yang unik .
4. dalam tarian Joget ini , gerakan kaki lebih banyak daripada gerakan tangan .
5. Kebanyakan penarinya berpasangan .
6. Oleh kerana tarian Joget ini merupakan tarian bebas , ini bermakna segala pergerakan tidak mempunyai maksud
7. Begitu juga dengan pakaian .
8. Tetapi , penari berketurunan Portugis lebih cenderung memakai pakaian Portugis .
JURULATIH UTAMA PSK
NEGERI JOHOR
PANEL PERUNDING
MODUL PSK NEGERI JOHOR