PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 4A

TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: KELUARGA KEMBANGANKU Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menjelaskan cara menjalinkan hubungan yang baik dengan anggota keluarga kembangan 2. menjalinkan hubungan yang baik dengan anggota keluarga kembangan 3. menghargai hubungan yang erat dikalangan anggota keluarga kembangan NOTA: HUBUNGAN KELUARGA KEMBANGAN: 1. Setiap anggota keluarga kembangan mempunyai pertalian darah antara satu sama lain 2. Hubungan ini membeolehkan setiap anggota keluarga kembangan menjalinkan hubungan yang lebih erat dan gembira 3. Pertalian antara anggota keluarga kembangan dapat ditunjukkan dalam carta salasilah keluarga kembangan yang diberi di bawah: 4. Datuk merupakan bapa kepada ayah atau ibu kita. 5. Nenek pula merupakan ibu kepada bapa atau ibu kita 6. Bapa saudara ialah abang atau adik lelaki kepada bapa atau ibu kita 7. Ibu saudara ialah kakak atau adik perempuan kepada bapa atau ibu kita 8. Ipar merupakan adik beradik kepada suami atau isteri kita. 9. Biras pula merupakan suami atau isteri kepada ipar kita 10. Mertua ialah ibu atau bapa kepada suami atau isteri kita 11. Menantu merupakan isteri atau suami kepada anak kita . 12. Cucu ialah peringkat selepas anak 13. Cicit ialah peringkat selepas cucu JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS