PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 3A

TAHUN 5 TEMA 2: SAYANGI KELUARGA TAJUK: TANGGUNGJAWAB KELUARGA DIKONGSI BERSAMA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas 2. memainkan peranan sebagai anggota keluarga asas 3. bertanggungjawab terhadap anggota keluarga asas NOTA: Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas: A)BAPA: 1. Antara peranan dan tanggungjawab bapa ialah : a) menjadi ketua dan pemimpin keluarga b) mencari nafkah c) menyediakan tempat tinggal d) menyediakan makanan dan pakaian e) menjaga keselamatan anggota keluarga f) memberi pendidikan kepada anak-anak g) memberi kasih sayang kepada anggota keluarga h) menentukan sebarang keputusan i) mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna j) menjadi contoh yang baik kepada anggota keluarga B) IBU: 1. Ibu berperanan membantu bapa dalam mengurus dan memimpin keluarga 2. Pada masa sekarang , ada ibu yang bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa . 3. Antara peranan dan tanggungjawab ibu ialah : a) menyediakan makanan dan minuman b) menyediakan keperluan untuk anggota keluarga c) memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anggota keluarga d) mendidik dan mengasuh anak e) membantu bapa membuat keputusan yang bijak dalam sesuatu perkara f) berjimat cermat dalam perbelanjaan keluarga g) memastikan keadaan dalam rumah sentiasa bersih h) menjadi contoh yang baik kepada anak - anak C) ANAK: 1. Anak menjadi lambang kebahagaiaan dalam keluarga asas 2. Sebuah keluarga bertambah ceria dan bahagia dengan kelahiran anak 3. Anak turut berperanan dan bertanggungjawab dalam keluarga asas 4. Antara peranan dan tanggungjawab anak-anak : a) menghormati ibu dan bapa b) menolong ibu bapa c) menyayangi ibu bapa d) menjaga nama baik keluarga e) mengadakan hubungan baik dengan anggota keluarga f) belajar dengan bersungguh - sungguh g) mendengar nasihat ibu bapa h) berusaha membahagiakan keluarga JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS