PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 2A

TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: URUS MASA , KERJA SEMPURNA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan kepentingan menyediakan jadual waktu belajar 2. menyediakan jadual waktu belajar sendiri 3. menghargai cara menguruskan masa secara sistematik NOTA: 1. Setiap murid pasti mengharapkan kejayaan dalam pelajarannya . 2. Oleh itu , pengurusan masa di rumah amat penting dilakukan dengan baik 3. Jika masa dibuang dengan sia-sia , seseorang murid itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar 4. Dalam mengurus masa di rumah , seseorang murid itu perlu menyediakan jadual aktiviti harian . 5. Dengan adanya jadual aktiviti harian , seseorang murid dapat melakukan semua aktiviti dengan terancang. 6. Dalam penyediaan jadual aktiviti harian , perkara yang penting perlu diutamakan 7. Murid-murid perlu sedar tentang kepentingan pelajaran dalam kehidupannya 8. Oleh itu , murid-murid perlu membahagikan masa yang lebih banyak dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran 9. Antara aktiviti yang biasa dilakukan di rumah adalah seperti yang berikut : a) mengulang kaji pelajaran b) membantu ibu c) mengemas bilik tidur d) melakukan aktiviti riadah 10. Semua aktiviti yang ditunjukkan dapat dilakukan dengan baik jika dirancang dengan teliti 11. Sekiranya seseorang murid itu mngutamakan aktiviti yang kurang penting , tentulah akan merugikan masanya . 12. Aktiviti yang semestinya diutamakan ialah aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran 13. Aktiviti pembelajaran semasa di rumah ; a) membuat latihan kerja sekolah b) mengulang kaji pelajaran c) berbincang tajuk yang kurang difahami dengan ibu bapa d) membaca surat khabar dan majalah e) melayari internet JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS